What’s Hot

Vin Diesel Namakan Anaknya Pauline Sempena Paul Walker



LOS ANGELES, 26 MAC 2015: Menjelang tayangan filem Fast & Furious 7 yang akan bermula 2 April ini, pastinya semakin banyak peminat teruja pada masa yang sama terkenang akan kehadiran salah seorang pelakon utamanya, Paul Walker yang telah meninggal dunia penghujung 2013 akibat kemalangan.
Dan sudah pastinya yang paling terasa ialah rakan baik mendiang Paul Walker sendiri iaitu Vin Diesel.
Sempena memperingati kenangan dan memori yang terpahat antara mereka berdua sepanjang menjayakan 6 filem Fast & Furious sebelum ini, Vin Diesel telah menamakan anak ketiganya yang dilahirkan baru-baru ini dengan nama Pauline bagi mengenang sahabatnya itu.
Anak perempuan Vin itu dilahirkan oleh teman wanitanya pada 16 Mac lalu.
Sebelum ini, Vin telah mempunyai dua anak iaitu Hania Riley Sinclair, 6, dan Vincent Sinclair, 4.
Paul Walker yang dikenali dengan watak Brian O’Connor dalam francais Fast & Furious meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 30 November 2013 sebelum sempat menghabiskan penggambaran siri ketujuh ini.

0 comments:

Post a Comment