Sebenar Viral Kejadian LAN PET PET Mengamuk Dan Bergaduh Dengan Anggota Penguatkuasa Pasti Buat Lan Terdiam Malu...
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pelawak terkenal, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet tetap dikenakan kompaun selepas didapati bersalah meletakkan kenderaannya sehingga menggangu lalu lintas.
Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, dakwaan Lan yang mengatakan anggota penguatkuasa telah mengunci tayar keretanya tidak mengikut prosedur adalah tidak benar.
"Dalam video yang tersebar meluas itu, Lan mengatakan isterinya berada di dalam kenderaan tersebut sementara menunggunya menyelesaikan urusan di premis berhampiran.
"Bagaimanapun hakikatnya, ketika mahu mengunci tayar keretanya, penguatkuasa MPSJ mendapati kenderaan tersebut kosong, tiada pemandu atau penumpang," katanya mempertahankan tindakan anggota MPSJ.
Terdahulu, satu klip video yang memperlihatkan pelawak itu memarahi anggota penguatkuasa MPSJ tersebar semalam dan dia mendakwa tidak menyalahi undang-undang lalu lintas.
Menurut Muhammad Azli, Lan bagaimanapun akur dan membayar kompaun yang telah ditetapkan di kaunter MPSJ serta meminta maaf atas perbuatannya.
Kantoi!! Akhirnya Terbongkar,,Pegawai MPSJ Tampil Dedah Cerita Sebenar Viral Kejadian LAN PET PET Mengamuk Dan Bergaduh Dengan Anggota Penguatkuasa Pasti Buat Lan Terdiam Malu...
Reviewed by Unknown
on
09:07
Rating: 5
09:07
0 comments:
Post a Comment