What’s Hot

Subhanallah ! Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua (5 Gambar)

Subhanallah! Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua (5 Foto) | Pihak NASA mengesahkan terdapat kesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian,  bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan  kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400  tahun yang lalu. Jika kita masih ingat lagi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat bulan terbelah dua kepada orang kafir ketika diminta bukti kenabian.  Wallahu’alam.

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (Surah Al-Qamar – 1 & 2)






Menurut pihak NASA : “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, ?Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”

Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis.

Subhanallah! Lelaki Bisu Disembuhkan Dengan Ayat Al-Quran


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, admin ada melihat satu video di mana seorang lelaki yang dikatakan ‘bisu’ boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran.

Video Tersebut.




Seorang lelaki yang mengalami penyakit bisu tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran. Kuasa Allah, apa sahaja boleh terjadi, Maha suci Allah!

#Subhanallah! Allahuakbar!

Gempar! Tengkorak Manusia 1.8 Juta Tahun Ditemui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Penemuan satu tengkorak manusia berusia 1.8 juta tahun yang tertanam di sebuah perkampungan di Georgia, Eropah Timur memberi gambaran bahawa manusia hanya berasal daripada satu spesies sahaja, kata sekumpulan penyelidik tersebut.


Gambar yang dirakamkan pada tahun 2005 menunjukkan tengkorak manusia berusia 1.8 juta tahun yang ditemui di Dmanisi, Georgia

Menurut para penyelidik itu, tengkorak tersebut menjadi bukti baharu bahawa manusia awal yang hidup, hanya daripada satu spesies tetapi mempunyai wajah yang berbeza.

Bentuk tengkorak itu menunjukkan ia mempunyai otak kecil iaitu bersaiz kira-kira satu pertiga daripada otak manusia kini.

Ia mempunyai rahang seperti beruk.Turut ditemui ialah beberapa peralatan batu dan tulang-tulang harimau.
Penemuan penyelidik itu disiarkan dalam jurnal Science.

Ia merupakan satu daripada lima tengkorak manusia awal yang telah ditemui di Dmanisi yang terletak kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Georgie, Tblisi.

Tengkorak itu ditemui pada tahun 2005. Empat daripada tengkorak yang ditemui itu mempunyai rahang.

Menurut penulis bersama kajian itu, Christoph Zollikofer dari Universiti Zurich, Switzerland, semua tengkorak itu menunjukkan ia datang dari kalangan sekumpulan penduduk dari spesies yang tunggal.

Bagaimanapun, Pengarah Program Kedoktoran Hominid dan Paleobiologi di Universiti George Washington, Amerika Syarikat, Bernard Wood menyatakan, tengkorak itu mungkin berasal dari satu makhluk yang tidak pernah diketahui para penyelidik sebelum ini.

# Tapi sejauh mana kebenarannya? wallahua’lam

Sumber

Sejarah Dan Biografi P. Ramlee

Assalamulaikum dan selamat sejahtera, siapa yang tidak mengenali Tan Sri P. Ramlee. Beliau digelar seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara.


Kad pengenalan merupakan antara peninggalan P. Ramlee buat tatapan peminat


Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem.


Latar belakang


Menerima pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1962.



Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Beliau dilahirkan di rumah neneknya di Pulau Pinang.

P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya di Francis Light School. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua, P. Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School.

P. Ramlee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Perkahwinan

P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Junaidah Daeng Harris (1950), Noorizan Mohd. Noor (1955) dan Salmah Ismail atau Saloma (1961).

Beliau hanya dikurniakan dua orang anak melalui hasil perkahwinannya bersama Junaidah iaitu Mohd. Nasir dan Arfan. P. Ramlee juga mempunyai anak tiri iaitu Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak Noorizan) dan Armali (anak Saloma dan A.R.Tompel). Bukan itu sahaja, P. Ramlee juga mempunyai anak angkat iaitu Sazali, Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan Dian.

Filem dan lagu

P. Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem. Bermula dengan filem pertama Chinta (1948) sehinggalah filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi (1972). Dalam dunia seni suara pula, P. Ramlee telah mendendangkan sebanyak 359 buah lagu termasuklah hit seperti Dendang Perantau, Azizah, Bunyi Gitar, Getaran Jiwa dan Madu Tiga.


Meraikan kejayaan meraih anugerah pada Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun pada tahun 1960 bersama pelakon Bat Latiff


Penghargaan

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya terhadap negara, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

Selain itu, rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur telah diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P. Ramlee pada tahun 1986.

Nama P. Ramlee turut diabadikan pada sebatang jalan di tengah ibu kota Kuala lumpur iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.

Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran Doktor.

Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.

Kisah Sebenar Penyanyi Cilik Tegar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya mungkin ramai di antara anda menduga siapa Tegar sebenarnya? Dan pekerjaan apa serta bagaimana dia boleh menjadi terkenal, bukan sahaja di Indonesia malah sampai ke negara kita juga? 



Sesungguhnya nasib manusia tiada siapa yang tahu, ketika Allah menjadikan manusia itu baik di mata orang lain, maka akan diangkatnya darjat manusia tersebut yang memang orang tersebut mempunyai “kelayakan” untuk itu.



Kisah Kesusahan Tegar

Tegar lahir di Subang (Indonesia) memang mempunyai cita cita menjadi penyanyi namun lantaran keluarga yang pada saat itu mempunyai masalah ekonomi menjadikan Tegar kanak-kanak yang berdikari sendiri dan berusaha mencari rezeki dengan mengamen (pemuzik jalanan).

Ayah tiri Tegar adalah seorang buruh kasar sedangkan Ibunya adalah juga pengamen (pemuzik jalanan) di stesen Kereta Api di kawasan Pegadean. Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah yang hanya berukuran sekitar 4 x 6 meter bersama 3 orang lagi adiknya yang masih kecil. Namun Tegar mengaku bahawa dia mulai menjadi pengamen (pemuzik jalanan) pada saat umur 7 tahun lagi.

Tegar dahulunya ialah anak kecil remaja seperti kanak-kanak lainnya, namun nasib merubah dirinya menjadi popular dan muncul di pelbagai media. Melalui lenggok suara melayunya yang kental, Tegar berjaya memukau para pendengar dan penonton.

Asal Usul Tegar Boleh Terkenal :

Perkenalan Tegar ke dalam industri muzik adalah berkat dari pengaruh Youtube. Seperti kisah Justin Bieber yang popular disebabkan Youtube dahulu, begitu jugalah halnya dengan Tegar.




Kisahnya bermula apabila ramai orang yang melihat pengamen jalanan kanak-kanak yang sedang asyik menyanyi di salah satu rumah makan di salah satu kota, lalu beberapa penonton dari rumah makan tersebut merakam aksi tegar lalu diuplaod Youtube.

Beberapa waktu sebelum Tegar terkenal, seorang pemuda yang mengupload video Tegar tidaklah begitu menjadi pusat perhatian pengunjung di Youtube, namun pemuda tersebut sepertinya sangat menyukai bakat yang dimiliki Tegar lantas dia sempat mengupload tidak hanya 1 video Tegar bahkan beberapa video yang lain.





Seperti juga kisah Justin Bieber, seorang produser dari salah satu label rakaman yang tertarik dengan bakat dan potensi Tegar lantas mengajak tegar untuk mengikuti pertandingan vokal yang sesuai dengan umur Tegar pada ketika itu yang akhirnya dimenangi oleh Tegar.
Dari sanalah pihak produser tersebut berani untuk mempromosikan tegar di pelbagai media dan berjaya menunjukkan bahawa tegar bukan hanya seorang pengamen jalanan bahkan boleh menghiburkan para penonton di seluruh Indonesia (termasuklah promosinya yang kini hangat di Malaysia).
Profil dan Biodata Tegar
Nama Lengkap : Tegar Septian
Nama Panggilan : Tegar si Pengamen
Tempat Lahir : Subang (Indonesia)
Tanggal Lahir : 19 September 2001
Pekerjaan : Pengamen
Sekolah : Kelas 3 di MI Yayasan As Salafi
Lagu-Lagu Tegar :
– Pengamen Cilik
– I Love You
– Salahkah Aku Memujamu Feat Netral
– Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang



Apabila Murid Ke Sekolah Jam 3 Pagi Kerana Kerusi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, tidak dinafikan, segelintir daripada kita amat liat untuk ke sekolah terutama di awal pagi. Jika sekolah di sesi petang, terlajak tidur mungkin berlaku. Namun tidak kepada murid-murid di sekolah Jawa Tengah ini. Mereka dikatakan telah keluar seawal 3 pagi semata-mata untuk merebut kerusi dalam kelas. Mengapa ya kerusi mahu direbut? Tidak cukupkah prasarana di sekolah tersebut? rupa-rupanya mereka sanggup datang awal untuk merebut kerusi di bahagian hadapan. Hebat!



Percaya atau tidak, ada yang unik di Sekolah Dasar di Brebes, Jawa Tengah. Murid-murid kemasukan baru berangkat dari rumah sekitar jam 3 pagi, dan mereka tiba di sekolah jam 4 pagi! Ketika azan Subuh pun belum lagi berkumandang.

Bagaimana ini boleh terjadi? Mungkin ini inilah cara yang dilakukan para pelajar baru di SD Negeri Pasar Batang 4, Brebes. Setiap tahun baru tiba, para pelajar menyambutnya dengan semangat serta rela berangkat ke sekolah sejak dinihari hanya untuk berebutkan kerusi yang dikehendaki.

Setelah memasuki ruang kelas, orang tua pelajar dan pelajar hanya meletakkan beg di sekolah dan terus meninggalkan sekolah. Meskipun sebenarnya jarak sekolah yang diduduki oleh para pelajar masih satu kampung dengan bangunan sekolah, namun mereka bimbang tidak mendapat kerusi di deretan terdepan.

Salah satu orang tua murid baru, Murni (36) warga Kelurahan Pasarbatang Brebes mengaku rela mengantarkan anaknya seawal pukul 03.00 pagi.

“Kalau terlambat, takut tidak dapat bahagian kerusi depan, kerana dengan duduk di depan, saya berharap anak saya boleh berprestasi,” ujar Murni.

Berian (9), salah satu pelajar kelas 3 SD mengaku, mesti berangkat dari rumahnya pada pukul 03.00 , dia sudah tidak mengantuk. Dan, dia rela berangkat awal pagi supaya boleh mendapatkan kerusi paling depan, agar menjadi anak pandai.

“Nggak ngantuk, supaya duduk di depan,” ujar Berian.

Sementara itu menurut idos (32) penjaga sekolah, mengaku dirinya semalaman tidak tidur. Kerana berebut kerusi terdepan memang sudah menjadi tradisi pelajar di sekitar sekolah ketika hari pertama persekolahan pada tahun baru.

“Semalam saya tidak tidur, kerana saya tahu pasti akan ada yang berebut kerusi terdepan, dan ini sudah berlaku sejak puluhan tahun yang lalu,” ujar idos. Tidak hairanlah, ia pun sudah bersiap sedia membukakan pintu gerbang menjelang pukul 4 pagi.

Hebat, kan semangat murid sekolah tersebut?

Cara Orang Syiah Sembayang.


Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid'ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:



Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah "berdusta dan berbohong". Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.



Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.

Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.


Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.



Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.



Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.


Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.



Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I'tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?


Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.


Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.

Wallahu'alam….